7/15/2009

apa saya fikir

Dalam minggu ni, banyak sangat saya fikir.

Bukan pasal kerja.

Tapi pasal kehidupan.

Sepanjang saya menjalani kehidupan sebagai seorang:

1) Hamba-NYA - saya bukan-lah seorang yang warak sangat. ye, memang betul saya sembahyang cukup 5 waktu, saya berpuasa. tapi ada hal-hal lain saya kadang-kadang terlepas pandang. saya tak istiqamah. saya banyak complaint tentang kehidupan saya. sepatutnya saya menjadi hamba-NYA yang bersyukur.

2) Anak - saya sayang mak ayah saya; berusaha menjadi anak yang solehah; selalu mendoakan kesejahteraan mereka; mendengar nasihat mereka; cumanya, keburukan saya- saya ni degil, apa yang saya rasa betul saya melawan cakap. saya tahu salah, tapi saya belajar dari kesilapan tu. Sekarang, saya banyak mendengar nasihat mereka. Lebih-lebih lagi tentang fasa kehidupan saya lepas ni. Berumah-tangga.

3) Kakak/Adik - saya sayang abang, kakak, adik-adik saya; saya suka tolong mereka; bagi semangat; bagi nasihat; cumanya saya ni selalu je marah-marah; tapi lepas marah, baru saya sedar itu bukan cara betul menegur. Sekarang, saya cuba kawal perasaan marah tu.

4) Kawan - saya ada ramai kawan; saya rapat dengan kawan-kawan saya; kadang-kadang kami saling bertukar pendapat, ye la, bila dia ni ada masalah, saya tolong and vice versa. Tapi, kawan-kawan tahu saya seorang yang tegas, straight-foward, serius. Kadang-kadang mereka terasa bila saya terlepas cakap. Tapi, mereka tahu apa saya cakap untuk kebaikan mereka. Sekarang ni, saya kena belajar cakap berlapik sikit.

5) Pekerja - saya bukan pekerja yang baik. bukan sebab saya tak buat kerja. tapi, saya banyak melawan cakap bos. mungkin sebab saya rasa saya lagi pandai kot. itu silap saya, saya kena faham situasi bos saya. apa-apa saya akan berbincang secara profesional dengan bos, rakan sekerja. sepatutnya saya bersyukur diberikan rezeki bekerja di sini, kan? banyak yang saya dapat belajar. siapa yang bagi saya peluang tu? Selain rezeki dari Allah, bos saya lah yang mengambil saya sebagai pekerja. so, saya tak sepatutnya buat macam tu kat dia.

6) Teman istimewa - yang ni dengan awak lah. kalau ada jodoh kita, insya Allah. saya tahu saya banyak lawan cakap awak, suka sangat argue, merajuk, marah-marah, keras kepala, mintak itu, mintak ini. kesian awak. tapi saya betul-betul tak sangka awak nak jugak jadikan saya isteri awak, insya Allah. kiranya awak dah faham perangai saya kan? mula-mula saya rasa tak senang bila awak nak saya ubah itu, ubah ini. percakapan saya misalnya, perangai buruk saya, cara pemakaian saya. tapi bila saya fikir balik, itu untuk kebaikan saya. awak nak saya jadi yang terbaik. saya tak sepatutnya mempersoalkan hal itu kan? terima kasih awak. awak banyak sedarkan saya.

Dekat-dekat nak tunang ni macam-macam saya fikir. ye la, sebab tiba-tiba kan. saya betul-betul tak sangka awak serius nak merisik secepat itu. tapi bila fikirkan, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah has a better plan for both of us.

Bertunang, bukanlah wajib. saya tahu. tapi at least sepanjang tempoh pertunangan sebelum akad, saya dapat persiapkan diri saya. bukan persiapkan diri secara fizikal, nak cantik, nak kurus, tapi secara emosi, hati, pegangan saya. saya tanya diri saya, apa matlamat saya nak kahwin sebenarnya. perkara pertama terlintas di fikiran saya untuk halalkan hubungan lelaki dan wanita, supaya kita tak terjebak dengan zina. lagi satu,dah memang fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Sebab itu Allah ciptakan Hawa untuk Nabi Adam,kan?

Lepas tu saya pergi secara mendalam lagi, takkan sebab tu je kot. saya fikir lagi tujuan perkahwinan yang utama dari segi islamiknya. dari pandangan saya sebagai seorang hamba-NYA yang kerdil ni. sebenarnya jauh di sudut hati saya, saya inginkan satu perkahwinan yang diberkati Allah. saya nak lahirkan generasi Islam seterusnya. zuriat kita tu adalah aset untuk Islam. lagipun Rasulullah suka umat yang ramai. saya inginkan pahala sebagai isteri solehah, saya ingin dibimbing oleh suami yang soleh, saya nak anak-anak saya semuanya soleh solehah. nanti bila tiba masa saya pergi selamanya, anak-anak saya takkan putus-putus mendokan kesejahteraan saya di sana. saya tahu saya bukanlah warak sangat. tapi hati saya ada keinginan untuk semua tu.

Saya telefon mak saya, minta nasihat dia. dia cakap niat awal kahwin itu sangat penting untuk menjamin lahirnya satu rumahtangga yang diberkati Allah. nanti perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu. Allah akan pelihara rumahtangga kita sampai rumahtangga tu boleh jadi syurga dunia sebelum Allah beri Syurga di akhirat. kalau kita rancang perkahwinan dengan betul mengikut apa yang Islam gariskan dan kita jaga supaya setiap step ke arah perkahwinan itu sesuai sepertimana yang Tuhan kehendaki, insya-Allah, rumahtangga kita akan berjaya. bayangkan kita dapat lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. bukan sahaja anak-anak tu boleh bantu kita di akhirat, di dunia lagi anak-anak tu akan jadi manusia yang berjasa pada agama, bangsa dan negara. mak cakap sebelum saya melangkah ke alam perkahwinan, eloklah mak bagi peringatan dulu. janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah dan romantik-romantik saja. nanti akan ada ujiannya, akan ada pahit yang terpaksa ditelan. kalau tak buat persediaan yang tepat, memang rumahtangga tak akan boleh bertahan lama. rumahtangga boleh jadi neraka. Na'uzubillah.

Bila dengar macam tu, baru saya sedar. saya kena persiapkan diri awal-awal bermula sekarang. sebab bila-bila masa je, kalau ada jodoh, saya akan jadi isteri awak. dan impian saya nak jadi isteri solehah. persiapan lahiriah macam majlis pertunangan, bersanding, nak pakai baju apa, warna apa, hantaran berapa, mas kahwin berapa semuanya tu bukanlah keutamaan sebenarnya. yang tu sekadar kenangan je. yang lebih penting sekarang,saya kena tambah ilmu agama saya sebagai persediaan. baiki diri saya, betulkan sembahyang. kuatkan hubungan dengan Allah. ye la,kalau hati sentiasa berhubung dengan Allah, apa-apa problem pun kita boleh atasi, kan? Especially bab nak taat suami. saya tahu bukan mudah. lagi-lagi dengan perangai saya yang macam ni.lagi-lagi kalau saya rasa saya lebih pandai dari awak dalam sesuatu perkara. ha, nanti mulalah saya nak tunjuk 'power'.dalam setiap hal saya akan challenge awak. Ya Allah, habislah rumahtangga kalau isteri pun nak jadi ketua, kan? Dalam rumahtangga mak cakap ada seni-seninya. Itupun saya nak kena belajar lagi awak.

Mak cakap bukan niat mak nak takutkan saya. tapi nak saya bersedia untuk menerima realiti perkahwinan tu. sementara ada peluang. nak kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup. bukan setakat pandai masak, pandai bersolek dan hias rumah je mak cakap. duit atau cinta pun tak akan mencukupi. bekal yang paling utama, iman. ya Allah, saya ni sebenarnya dah beberapa kali tersedar tapi tak istiqamah. haish.

Lepas tu, saya tanya mak, sempat lagi ke nak dapatkan iman tu? Masa pun tinggal beberapa bulan je lagi. Entah-entah lagi awal saya akan jadi isteri orang. Mak saya cakap Insya-Allah. Sebab tu la, mak cakap orang dulu-dulu, sebulan sebelum kahwin tu, memang kena berkurung, sebab nak dapat seri muka. Jadi, mak cakap saya pun kena buat benda yang sama sebelum kahwin. Manfaatkan tempoh pertunangan tu untuk tingkatkan ilmu Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti mak cakap, awak akan rasa kahwin dengan saya ni seolah-olah dia dapat permata berharga. cukuplah dengan saya je. awak takkan cari yang lain. so,berbaloilah mas kahwin yang awak terpaksa beri tu. ;-)

Sebenarnyakan awak, sedikit sebanyak, cakap-cakap mak tu memberikan saya satu persepsi baru tentang perkahwinan. mudah-mudahan rumahtangga yang akan kita bina bersama itu nanti lebih bermakna lagi. Insya-Allah.

Doakan jodoh kita panjang ye, awak.

No comments:

Post a Comment