9/24/2009

OK

Dah O.K balik.

Harap sangat tak K.O balik.

Sayang
Cinta
Sampai Syurga,

Insya-Allah.

9/20/2009

Selamat Hari Raya. Selamatkan Poket Anda. Ha-ha.

Kebanyakan orang mula dah cuti. Yang selamat sampai kampung tengah meriah buat ketupat la, cari lemang la, daun pisang la, perah santan la, kupas kentang, potong tempe, cuci daging, cabut bulu ayam, perah santan.
Ada juga yang tengah cat rumah, basuh lantai rumah, cuci tingkap, buang sawang, bersihkan kipas, lap mentol lampu, lap kerusi meja, menyapu lantai, mop lantai, tukar air akuarium, susun kasut, tukar sarung sofa, tukar lap kaki, tukar langsir baju, macam-macam kerja nak kena setelkan.
Ini jam biasanya kat dapur dah tersusun air Sarsi, Marinda pelbagai warna, 7-Up, Coke perbagai perisa, Aiskrim Soda, F&N, Root Beer, oren, macam-macam.
Kuih pula macam-macam dalam balang. Mama Carrie, Almond London, Tempeyek, Tumpi, kerepek ubi perisa kari, kuih sepit, bahulu gulung, tat nenas, sarang semut, Cornflake Madu, batang buruk, dah la. Malas nak senaraikan.
Pagi tadi aku macam tak percaya pulak Bachok ni tiba-tiba sesak. Nak pergi rumah nenek yang sekangkang katak tu (bak kata mak aku, maksudnya dekat sangat la kot) ambil masa 5 minit sahaja jadi 30 minit.
Sekarang, aku rasa macam risau pulak raya tahun ni raya terakhir sebagai seorang bujang. Hahaha. Tapi best la, ada jugak orang tersayang nak telefon malam-malam, pagi-pagi raya di kejauhan. Ye la, 23 tahun yang lepas-lepas tu mana ada orang nak calling-calling. Haih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Cheers!
p/s:
ops~ maaf zahir batin. Jemput-lah ke rumah. Banyak buat kueh raya ni. heheh..

9/14/2009

Reasons why I wanna marry you

Darling,
this is not according to correct orders :)

As according to Law of Attraction, we must have reasons as of why we want that something. So, I decide to made this list before we got married. Note that this list will go on and on and on...... ♥



YOU are my BFF (best friend forever)
YOU listens to my whine every single day
YOU accepts me and loves me
YOU knows how to make me laugh :D
YOU spends time, money and and effort when we were yet dating up until now
YOU knows the size of my finger
YOU shares stories of your day with me
YOU makes me wanna share stories of my day with you
YOU seriously has faith in me..
YOU are one of my greatest blessings from Allah
YOU are brave enough to correct my mistakes
YOU always gives me the best popcorn in the movie (the sweetest yellow popcorn)
YOU call me 'Sayang' even when you are mad at me
YOU take care of me when I'm sick
YOU take care of me when I'm not sick
YOU read me like a book (though you doesn't like reading)
YOU know how to console me
I can't even merajuk lama-lama with you (paling lama? One hour kot)
My family like you and i like your family
YOU proposed me to be your wife



p/s:
what about you?

o.O

Oh.Beras

Weekend lepas,pagi-pagi pukul 8 aku kena bangun awal sebab nak kena pegi kedai, kena beli beras. Misteri kan, bulan-bulan puasa pagi-pagi aku dah cari beras? Ok, abaikan. Disebabkan kedai runcit mangkuk belum bukak jadi aku kena cari alternatif lain. Susah jugak nak cari kedai runcit yang bukak awal pagi. 7E yang kononnya 24jam tu pun takde jual beras. Sampailah aku terjumpa satu kedai alatan tulis, tapi ada jual beras. Sekali lagi, misteri gila kentang.
Aku: macha, beras ade ke?
macha: beras? that side, over there.
Aku pun menuju ke arah yang ditunjuk, tapi tak jumpa beras
Aku: dey macha, mana beras?
Macha: beras?
Aku: berasla, mana ada beras dekat sini?
Macha: beras? this is beras.
Hadoih! Rasa macam nak pangg je kasi bergegar dahi dia satu kali!
Aku: ini brush!! bukan beras la macha. i want rice! rice! rice!
Macha:ooo rice, overthere (sambil tunjuk ke arah belakang)
Kagum gila aku, kedai runcit cap-cap ayam pun dah letak macha yang terer speaking. Aku pun pegi belakang, belek-belek beras yang ada, aku nak cari beras cap jasmine, tapi yang ada cuma floral dengan cap ayam. Aku pun kasi angkat floral pek 5kg. Bawak ke kaunter.
Aku: dey macha, you can’t speak in malay eh?
Macha: hehe, yes yes (sambil hangguk kepala)
Aku: this one is floral. Don’t you have others brand..like jasmine? jati?
Macha: jasmine? jasmine? this side, here here, over here..
Cilakak punye kedai, beras yang sedap-sedap nak sorok-sorok pulak.
Macha: this is jasmine, this this, here.
PANG!! Sekali lagi rasa macam nak lempang macha tu.
THIS IS JASMINE AIR FRESHNER la macha!!

9/01/2009

Saya fikir,saya rasa.



Saya takut.
Saya takut.
Saya takut.

[,]

"Nanti saya tengok perempuan lain karang.."

[,]

Saya tahu saya tak cantik.
Saya tak ramping,langsing.
Ramai lagi perempuan cantik, menarik.
Kat luar,mungkin teruji dengan berbagai-bagai wanita.
Semuanya berhias, berwangi-wangian.
Pandangan, bau wangi.
Iman teruji.
Bukan saya tak nak berhias.
Saya rasa saya dah berhias dah.
Cuma kadang-kadang tak sempat.
Macam semalam.
Takpun masa saya sakit.
Perempuan mana la yang tak mahu nampak cantik,kan?
Tapi, saya takkan sentiasa muda.
Saya akan tua.
Dimamah usia.
Takkan selamanya kelihatan menarik.
Saya bukannya pakai susuk.
Isk.Isk.Isk. Nauzubillah.
Tapi jangan risau, tua pun saya berhias cara orang tua.
Awak tahukan saya bukannya selekeh sangat.
Awak juga kata jiwa awak sentiasa muda walau dah tua.
Kalau saya bila dah tua saya nak tumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah, dengan Allah.
Jaga makan pakai awak, anak, cucu.
Tumpukan pada keluarga, benda lain saya dah tak fikir.

[,]

Tapi saya takut.
Saya takut.
saya takut.
Dugaan kat luar semakin hebat.
Saya yakin awak baik,tidak akan memilih jalan singkat dan jahat.
Tapi saya juga takut awak cari jalan baik… (eh, seperti poligami).
Kalau ditakdirkan-Nya, saya redha.
Saya redha.
Saya redha.
Sebab saya dah tua, tak menarik.
Awak pula, makin tua tambah segak bergaya.
Poket pun sudah tebal.
Kalau awak tak pergi, 'wanita-wanita' akan datang.
Saya takkan memberontak.
Saya tak nak suami saya tanggung dosa sebab saya penghalangnya.
Saya akan redha.
Tapi,hati saya akan hancur. Lebur.

[,]

Berhias itu ibadah bagi seorang isteri.
Jadi,tak kiralah saya telah tua ke atau masih muda,
cantik atau buruk,saya akan berhias.
Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua.

[,]

Awak, jangan keliru antara mencari kecantikan isteri, dan isteri yang cantik.
Kecantikan isteri dan isteri yang cantik dua perkara berbeza.
(mungkin awak susah nak faham, BM awak pun..hmmm....)
Kadang-kadang saya marahkan awak,
kerana awak mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri.
Nanti bila tua awak faham kot.
Nanti, pada usia-usia tua fokus awak sepatutnya lebih kepada kecantikan isteri.
Di mana kecantikan sejati saya selama ini.
Pada hati saya.
Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk awak demi membina sebuah keluarga.
Jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur.
Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar.
Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin saya bukan isteri yang cantik.

[,]

Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali,
Pilihlah tongkat muhasabah diri.
Bila kita sedar kita telah tua nanti,
kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah!
Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.
Awak tahu kisah Imam Safie.
Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat.
Ketika muridnya bertanya kenapa?
“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

[,]

Awak,
kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, awak boleh hadapi masalah saya yang bakal tua ni.
Bila tua nanti, kita sama-sama cari kecantikan dan ketampanan yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi.
Ok?
Saya yakin bila awak tetapkan hati awak begitu,
awak tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman.
Awak juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.

[,]

Awak mesti fikir macam ni:
“Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”