9/01/2009

Saya fikir,saya rasa.



Saya takut.
Saya takut.
Saya takut.

[,]

"Nanti saya tengok perempuan lain karang.."

[,]

Saya tahu saya tak cantik.
Saya tak ramping,langsing.
Ramai lagi perempuan cantik, menarik.
Kat luar,mungkin teruji dengan berbagai-bagai wanita.
Semuanya berhias, berwangi-wangian.
Pandangan, bau wangi.
Iman teruji.
Bukan saya tak nak berhias.
Saya rasa saya dah berhias dah.
Cuma kadang-kadang tak sempat.
Macam semalam.
Takpun masa saya sakit.
Perempuan mana la yang tak mahu nampak cantik,kan?
Tapi, saya takkan sentiasa muda.
Saya akan tua.
Dimamah usia.
Takkan selamanya kelihatan menarik.
Saya bukannya pakai susuk.
Isk.Isk.Isk. Nauzubillah.
Tapi jangan risau, tua pun saya berhias cara orang tua.
Awak tahukan saya bukannya selekeh sangat.
Awak juga kata jiwa awak sentiasa muda walau dah tua.
Kalau saya bila dah tua saya nak tumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah, dengan Allah.
Jaga makan pakai awak, anak, cucu.
Tumpukan pada keluarga, benda lain saya dah tak fikir.

[,]

Tapi saya takut.
Saya takut.
saya takut.
Dugaan kat luar semakin hebat.
Saya yakin awak baik,tidak akan memilih jalan singkat dan jahat.
Tapi saya juga takut awak cari jalan baik… (eh, seperti poligami).
Kalau ditakdirkan-Nya, saya redha.
Saya redha.
Saya redha.
Sebab saya dah tua, tak menarik.
Awak pula, makin tua tambah segak bergaya.
Poket pun sudah tebal.
Kalau awak tak pergi, 'wanita-wanita' akan datang.
Saya takkan memberontak.
Saya tak nak suami saya tanggung dosa sebab saya penghalangnya.
Saya akan redha.
Tapi,hati saya akan hancur. Lebur.

[,]

Berhias itu ibadah bagi seorang isteri.
Jadi,tak kiralah saya telah tua ke atau masih muda,
cantik atau buruk,saya akan berhias.
Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua.

[,]

Awak, jangan keliru antara mencari kecantikan isteri, dan isteri yang cantik.
Kecantikan isteri dan isteri yang cantik dua perkara berbeza.
(mungkin awak susah nak faham, BM awak pun..hmmm....)
Kadang-kadang saya marahkan awak,
kerana awak mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri.
Nanti bila tua awak faham kot.
Nanti, pada usia-usia tua fokus awak sepatutnya lebih kepada kecantikan isteri.
Di mana kecantikan sejati saya selama ini.
Pada hati saya.
Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk awak demi membina sebuah keluarga.
Jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur.
Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar.
Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin saya bukan isteri yang cantik.

[,]

Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali,
Pilihlah tongkat muhasabah diri.
Bila kita sedar kita telah tua nanti,
kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah!
Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.
Awak tahu kisah Imam Safie.
Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat.
Ketika muridnya bertanya kenapa?
“Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

[,]

Awak,
kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, awak boleh hadapi masalah saya yang bakal tua ni.
Bila tua nanti, kita sama-sama cari kecantikan dan ketampanan yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi.
Ok?
Saya yakin bila awak tetapkan hati awak begitu,
awak tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji iman.
Awak juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.

[,]

Awak mesti fikir macam ni:
“Ya, kalau kita baik, isteripun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”

2 comments:

  1. woww..u r my nu' and my vry 1st follower. Thanks a lot! ^^ x sgka ada yg suka.hehehhe. btw, selamat ber'darah manis' juga nanti. ^^

    ReplyDelete