9/20/2009

Selamat Hari Raya. Selamatkan Poket Anda. Ha-ha.

Kebanyakan orang mula dah cuti. Yang selamat sampai kampung tengah meriah buat ketupat la, cari lemang la, daun pisang la, perah santan la, kupas kentang, potong tempe, cuci daging, cabut bulu ayam, perah santan.
Ada juga yang tengah cat rumah, basuh lantai rumah, cuci tingkap, buang sawang, bersihkan kipas, lap mentol lampu, lap kerusi meja, menyapu lantai, mop lantai, tukar air akuarium, susun kasut, tukar sarung sofa, tukar lap kaki, tukar langsir baju, macam-macam kerja nak kena setelkan.
Ini jam biasanya kat dapur dah tersusun air Sarsi, Marinda pelbagai warna, 7-Up, Coke perbagai perisa, Aiskrim Soda, F&N, Root Beer, oren, macam-macam.
Kuih pula macam-macam dalam balang. Mama Carrie, Almond London, Tempeyek, Tumpi, kerepek ubi perisa kari, kuih sepit, bahulu gulung, tat nenas, sarang semut, Cornflake Madu, batang buruk, dah la. Malas nak senaraikan.
Pagi tadi aku macam tak percaya pulak Bachok ni tiba-tiba sesak. Nak pergi rumah nenek yang sekangkang katak tu (bak kata mak aku, maksudnya dekat sangat la kot) ambil masa 5 minit sahaja jadi 30 minit.
Sekarang, aku rasa macam risau pulak raya tahun ni raya terakhir sebagai seorang bujang. Hahaha. Tapi best la, ada jugak orang tersayang nak telefon malam-malam, pagi-pagi raya di kejauhan. Ye la, 23 tahun yang lepas-lepas tu mana ada orang nak calling-calling. Haih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Cheers!
p/s:
ops~ maaf zahir batin. Jemput-lah ke rumah. Banyak buat kueh raya ni. heheh..

No comments:

Post a Comment