1/29/2012

New Career

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Guru
Cikgu
Teacher
 Lau She


Perkataan di atas merupakan kerjaya baru saya. Setelah hampir sedekad (Baca: Setahun) bertungkus lumus di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di dalam Pengajian Bahasa Inggeris akhirnya kami semua berjaya menamatkannya 'dengan warna-warna yang sedang terbang'. Selepas tempoh tamat pengajian kami melalui beberapa fasa yang mendebarkan.

FASA I
Berdebar menunggu keputusan final exam. Alhamdulillah. Lulus dengan cemerlang. Maybe rezeki anakanda, Alya.

FASA 2
Berdebar menunggu keputusan penempatan. Setelah mendengar beberapa hear-say, rumors, bla, bla, bla..ramai cakap lambat. Lepas pilihan raya la, bulan Jun la. Akibat mendengar cakap-cakap orang dan kementerian hanya mendiamkan diri (telefon sampai sampai sudah tak hangkatttt. Eh,emosi tetibe.) Lalu saya mengambil keputusan meng-update-kan resume di Jobstreet. Ye la, takkan nak jobless 3, 6 bulan. Tak boleh. Tak boleh. Memang mati kutu dibuatnya. Maybe rezeki ada di sana, saya mendapat panggilan temuduga, seterusnya melayakkan diri menyandang jawatan yang dipohon. Alhamdulillah. Tetibe. Selepas dua hari saya melapor diri berkhidmat di syarikat terbabit. Keputusan penempatan diumumkan. ARGHHHHH! Tak pasal-pasal kena hantar resignation letter setelah 2 hari bekerja. Ada ke orang buat cenggitu? Kesian boss.. Humph.

Keputusan penempatan. Alhamdulillah dapat di Selangor, pilihan ke-2. Actually, pilihan pertama Putrajaya, maybe tiada kekosongan. Tapi ok la dapat sana dari dapat negeri yang lagi jauh dari tempat bermastautin.

FASA 3
Berdebar menunggu penempatan sekolah. Tahukan anda Selangor itu luas? Buatnya dicampakkan saya ke Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Kubu ke..Tak ke haru. Sungguh tidak tenang hati ini. Terus call JPN, malangnya tak dilayan. Mungkin mereka busy jua dengan penempatan secara TETIBE ini. Akhirnya, saya mengambil keputusan sendiri menelefon setiap sekolah berdekatan untuk mengetahui sekiranya terdapat kekosongan dan akhirnya saya meminta pertolongan dari insan-insan yang tidak saya kenali untuk memohon mereka 'tangkap' saya masuk ke sekolah mereka. Ini TIPS yang berguna. Sekiranya anda bakal guru, sila cuba. Ha-ha.

Langkah seterusnya, pergi merayu dengan JPN. Ha-ha-ha. Dengan bantuan suami tersayang, kami ke JPN. Agak susah untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Ye la, masing-masing busy. Surat rayuan telah dikarang. Dan saya hanya berharap pada si suami kerana dia mempunyai skill PR yang tinggi. Siap catat point-point penting yang perlu dibincang kelak. Malangnya, suami TIDAK dibenarkan berjumpa dengan pegawai. Hanya bakal guru sahaja yang boleh berjumpa, iaitu SAYA. Agak berdebar sebenarnya berjumpa dengan penolong pengarah tersebut, kot-kot dia blacklist saya. Itu sudah jadi kes haru. Tapi, alhamdulillah setelah menerangkan sebab-sebab saya ingin memohon ditempatkan di sekolah berdekatan diutarakan, rayuan saya diterima. Akan diusahakan katanya. Apabila saya keluar pejabat rupa-rupanya ramai lagi calon yang ingin berjumpa dengannya tetapi tidak dilayan. Mungkin sebab kami sanggup tunggu lama di luar. (Lama gile kot kite orang tunggu) Tak pun maybe rezeki kami. Alhamdulillah.

FASA 4
Saya ditempatkan di sekolah yang dipohon dan dirayu tersebut. Sebuah sekolah jenis kebangsaan. Dan sudah tentu masalah komunikasi akan menjadi cabaran utama. Bebanan tugas sebagai guru hanya guru yang mengetahuinya. Tapi saya harap di mana pun saya berkhidmat, ilmu yang saya curahkan akan dimanfaatkan oleh setiap anak didik saya. Insya-Allah. Kepada sesiapa sahaja yang 'satu kapal' dengan saya. All the best! Semoga dipermudahkan segala urusan.

1/28/2012

Recipe of The Day: Daging Bistik

Adalah sangat mengharukan serta mendukacitakan apabila bersemangat membuat entri baru tiba-tiba si empunya blog lupa kata laluan akibat terlalu lama mengabaikan blog tersebut. (Mood: Sedih)

Resipi saya pada hari ini (eh! Tetibe.) adalah daging bistik a.k.a beef beefsteak. Sangat pelik bunyinya bila dialih bahasakan secara hurufiah. Sekiranya mengikut terjemahan ala-ala MINDEF (Ops, isu sensitif. Poke-eyes), Google Translate ia akan diterjemahkan sebagai Beefsteak sahaja. Beefsteak memberi gambaran hidangan mat salleh yang lengkap dgn seketul daging batang pinang dipanggang, baked potato, sedikit potongan sayuran, dan gravy yang menggoda. Namun daging bistik merupakan hidangan sama sekali tidak sama dengan Beefsteak.

TADAAAA!!!

Hi, sayalah daging bistik.

Bahan-bahan:

A) Meatballs
Daging
Tepung
Telur
Garam
Serbuk lada hitam

B) Sos
Bawang Putih
Bawang Besar
Halia
Sos Cili
Tomato puree
Garam

C) Sayur-sayuran
Broccoli, tomato, ubi kentang, carrot, capsicum (Boleh tambah ikut selera)

Cara-cara:

A) Untuk buat meatballs sangat senang, saya cuma guna 250g daging tempatan halalan toyyiban yang hanya berharga RM 6.27 dan percaya atau tidak ia mampu menghasilkan 20 bijik meatballs yang lagi sedap dari meatballs IKEA ini. Murah pun murah. Jimat. Berbaloi-baloi. Anda hanya perlu kisarkan daging tersebut, campur sedikit garam, tepung, air, serbuk lada hitam dan adun sebati. Bulat-bulatkan ia. Setelah dibulatkan secomel mungkin, golek-golekkan ia ke dalam telur, dan selepas itu bedakkannya dengan tepung gandum. Goreng di dalam minyak yang mendidih.

Bukti pembelian daging, RM 6.27 = 20 meatballs. Muahahaha.

Meatballs IKEA RM 10++ = 10 meatballs dan sedikit fries, gravy, sos.

PILIHAN DI TANGAN ANDA! JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK. eh! ++'

B) Untuk sosnya pula, lagi senang. Tumis bawang putih, bawang besar, halia. Masukkan tomato puree, sos cili, garam, dan sedikit air tepung kalau nak kuah pekat.

C) Untuk sayur-sayuran cuma perlu potong dan goreng lebih-lebih lagi potatoes tu, baru mengancam.

Akhir sekali, campurkan ABC gaul-gaul sebati. Siap. Sila cuba kalau rajin.

Actually, daging bistik resipi maa saya, kecik-kecik dulu selalu juga makan. Hari ini je tiba-tiba terlintas ingin buat sendiri selepas kakak saya menguar-uarkan bahawasanya dia telah membuat daging bistik tersebut. Ho-ho-ho.