1/28/2012

Recipe of The Day: Daging Bistik

Adalah sangat mengharukan serta mendukacitakan apabila bersemangat membuat entri baru tiba-tiba si empunya blog lupa kata laluan akibat terlalu lama mengabaikan blog tersebut. (Mood: Sedih)

Resipi saya pada hari ini (eh! Tetibe.) adalah daging bistik a.k.a beef beefsteak. Sangat pelik bunyinya bila dialih bahasakan secara hurufiah. Sekiranya mengikut terjemahan ala-ala MINDEF (Ops, isu sensitif. Poke-eyes), Google Translate ia akan diterjemahkan sebagai Beefsteak sahaja. Beefsteak memberi gambaran hidangan mat salleh yang lengkap dgn seketul daging batang pinang dipanggang, baked potato, sedikit potongan sayuran, dan gravy yang menggoda. Namun daging bistik merupakan hidangan sama sekali tidak sama dengan Beefsteak.

TADAAAA!!!

Hi, sayalah daging bistik.

Bahan-bahan:

A) Meatballs
Daging
Tepung
Telur
Garam
Serbuk lada hitam

B) Sos
Bawang Putih
Bawang Besar
Halia
Sos Cili
Tomato puree
Garam

C) Sayur-sayuran
Broccoli, tomato, ubi kentang, carrot, capsicum (Boleh tambah ikut selera)

Cara-cara:

A) Untuk buat meatballs sangat senang, saya cuma guna 250g daging tempatan halalan toyyiban yang hanya berharga RM 6.27 dan percaya atau tidak ia mampu menghasilkan 20 bijik meatballs yang lagi sedap dari meatballs IKEA ini. Murah pun murah. Jimat. Berbaloi-baloi. Anda hanya perlu kisarkan daging tersebut, campur sedikit garam, tepung, air, serbuk lada hitam dan adun sebati. Bulat-bulatkan ia. Setelah dibulatkan secomel mungkin, golek-golekkan ia ke dalam telur, dan selepas itu bedakkannya dengan tepung gandum. Goreng di dalam minyak yang mendidih.

Bukti pembelian daging, RM 6.27 = 20 meatballs. Muahahaha.

Meatballs IKEA RM 10++ = 10 meatballs dan sedikit fries, gravy, sos.

PILIHAN DI TANGAN ANDA! JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK. eh! ++'

B) Untuk sosnya pula, lagi senang. Tumis bawang putih, bawang besar, halia. Masukkan tomato puree, sos cili, garam, dan sedikit air tepung kalau nak kuah pekat.

C) Untuk sayur-sayuran cuma perlu potong dan goreng lebih-lebih lagi potatoes tu, baru mengancam.

Akhir sekali, campurkan ABC gaul-gaul sebati. Siap. Sila cuba kalau rajin.

Actually, daging bistik resipi maa saya, kecik-kecik dulu selalu juga makan. Hari ini je tiba-tiba terlintas ingin buat sendiri selepas kakak saya menguar-uarkan bahawasanya dia telah membuat daging bistik tersebut. Ho-ho-ho.

No comments:

Post a Comment