5/29/2009

Degil

Jangan fikir sangat tentang bebanan dan kerja.
Jangan fikir sangat tentang duit dan keperluan diri sendiri.
Jangan fikir sangat tentang umur dan masa depan.
Lupakan sedikit tentang kesempurnaan.
Lupakan sedikit tentang Super Women.
Teruskan bersabar.
Rasa-rasa nak balik kampung minggu depan, balik je. Tak payah fikir-fikir sangat.
***
Sekarang, aku tengah tunggu imaginary referee aku tiup wisel penamat untuk hari ini. Sambil-sambil itu, aku picit kepala. Pening dan berat.
Degil betul! kan dah pesan jangan fikir banyak sangat!

5/18/2009

Jatuh Sakit

Sakit. Kamu pernah jatuh sakit?
Yang aku maksudkan di sini adalah jatuh sakit teruk seperti demam, batuk-batuk teruk, selesema, sakit kepala dan sebagainya. Bukan jatuh sakit hati atau jatuh sakit dilamun cinta.
Bagaimana perasan kamu ketika jatuh sakit?
Aku sering sakit kepala. Jadi, aku sudah lali dengan sakit sebegitu rupa, ya sekadarmigrain. Aku masih boleh menjalani kehidupan dengan baik walaupun kepala sakit yang amat. Tetapi, aku susah nak demam teruk, batuk-batuk teruk, dan selsema. Aku seakan kebal dengan penyakit-penyakit itu.
Balik rumah bercuti di kampung minggu lepas mak aku demam. Kakak aku yang balik bercuti berjangkit, turut demam.  Aku? Tak ada apa-apa. Siap makan sepinggan dengan mak lagi. Mak aku cakap dulu waktu kecil sejak aku berumur 1 hari - 6 tahun, aku selalu demam teruk, sekarang antibodi sudah kuat kot. Walaupun aku susah nak makan ubat, time nak bagi aku makan ubat confirm keluar segala silat-kungfu-taekwando-silambam. Heh. Tapi sekarang, mak dan kakak dah baik demam. Demam tak teruk sangat. Alhamdulillah.
Di sini, sekarang, ALLAH uji Bulan pula dengan semua penyakit itu serentak.
Bulan sudah mula batuk-batuk semenjak sebulan yang lalu. Lama. Dan teruk. Aku rasa habis berkotak-kotak tisu dia gunakan untuk lap hingus yang meleleh-leleh dari hidung. Kesian tengok dia asyik batuk. Kena makan macam-macam ubat. Ewww! Kalau aku, jangan harap nak telan pil-pil tu.
Hari Khamis lepas, batuk dia semakin teruk, dia cakap tekak sakit dan pedih. Aku pulak sibuk nak balik kampung. Rasa serba salah juga, tapi aku dah janji dengan kakak dan adik yang aku akan balik kampung. Dengan Bella pula, aku janji nak pergi tengok baby girlnya nanti.
[,]
“You nak pesan apa-apa tak?”
“Tak ada.”
“Betul tak nak pesan apa-apa? I nak balik kampung ni.”
“Tak ada.”
“Betul?”
“Kan I dah pesan, you tu je yang tak nak dengar.”
“Pesan apa?”
“Pesan jangan balik.”
“Ha-ha. Balik kejap je la. I tak ada, you boleh rehat cukup-cukup, ok?  Cepat sikit batuk-batuk  tu baik.”
“Hurm. I rasa makin teruk ada la.”
[,]
Jumaat. Telefon. Bulan batuk-batuk. Haih.
Sabtu. Telefon. Batuk-batuk lagi. Kali ni siap berpakej dengan sakit kepala. Haih.
Ahad. Telefon. Sah! Memang demam teruk, siap muntah-muntah bagai.Ish,dah macam kena morning sickness pulak dia ni. Kesian. Haih.
Isnin. Aku masuk kerja. Bulan MC. Dia cakap body temperature makin naik, aku rasa kalau nak goreng telur pun masak kot. Office-mate aku kata nak elok demam tuam dengan air daun bunga raya putih. Isk,satu kerja pulak aku nak mencari daun bunga raya putih tengah-tengah hari macam tu! Alih-alih aku masakkan bubur nasi je. Orang cakap orang demam ni taste bud dia out sikit. Ok, tambah garam. Teori songsang aku; aku yang normal rasa masin, so dia yang demam mesti rasa ok la kot.
Nasib baik dia makan bubur dan tak muntah walaupun masin. Petang, aku bawa dia ke klinik, sekali lagi aku tadah je telinga bila dia membebel ntah hape-hape kat doktor tu. Tak apa, orang demam-lah katakan, aku kasi chance la kan. Lepas tu, bawa dia keluar bagi hirup udara segar sikit.
Boleh kata ini first time aku berhadapan dengan Bulan bila dia demam gila-gila.
[,]
Malam, aku rehat. Penat. Pukul 6 pagi aku sampai rumah. Pukul 7 pagi siap-siap keoffice. Satu hari tak sempat rehat. Dalam katupan mata itu, aku berfikir banyak benda.
Mujur, aku bukanlah seorang yang cepat mengalah. Aku niatkan pembaringan aku itu sebagai usaha merehatkan diri. Dengan memohon agar ALLAH mengasihi aku,mak ayah aku, serta keluarga aku. Aku juga berharap agar Bulan disembuhkan dari demam yang teruk.
[,]
Pagi tadi, aku telefon Bulan lagi. Alhamdulillah, keadaannya beransur sihat. Panas sudah kebah katanya. Tinggal batuk sahaja yang masih bersisa.
Aku harap sakit yang Bulan lalui itu satu nikmat. Mendekatkan diri kepadaNya, dan mengajar dia nikmat sihat yang dia nikmati sehari-hari sebelum ini.
Yang penting, aku tersenyum bila Bulan memberitahu sakitnya yang makin menghilang.
Alhamdulillah.
ALLAH jugalah yang paling baik terhadap kita, walaupun kita seringkali lupa kepadaNya, kan..





p/s:
Sekarang aku cuma terfikir, kadang-kadang kesusahan yang teramat sangat ketika ini mungkin adalah kafarah dosa kita daripada ALLAH.
Kadang-kadang, sakit yang ALLAH berikan kepada kita adalah pembalasan terhadap dosa kita pada masa lalu. Kadang-kadang, sakit yang ALLAH berikan kepada kita adalah tanda kasih sayangNya kepada kita. ALLAH hendak kita lebih ingatkan DIA.
Dan ALLAH benar-benar memberikan keindahan dalam setiap kesakitan itu.

5/13/2009

Bulan

Bulan suka pakai baju hitam. Kalau bukan hitam, putih, hijau atau merah. Kalau bukan warna-warna itu, mesti sebab baju itu berbelang-belang atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Kemudian dia suka pakai seluar jeans warna beige atau hitam lusuh dengan selipar sandal kadang-kadang je pakai sneakers.
Aku suka Bulan sebab dia seorang sinis yang kelakar. Solusi dia untuk segala masalah adalah dengan bertenang kepada si pembawa masalah, berlainan dengan aku yang lebih kepada melempang pembawa masalah. Err..Kadang-kadang kalau bengang sangat dia lebih senang menggunakan perkataan ‘menumbuk’. Kalau dia menyampah dengan sesuatu, contohnya bila doktor tak percaya dia sedang sakit, dia pasti akan cakap, “Berlagak. Tumbuk kang.” Aku akan cuba menahan gelak dan berkata dengan serius,

“Hoi, mana boleh main-main tumbuk doktor.”

“He-he. Ugut je tu, “ dia akan menjawab.

Aku rasa kelakar kerana perangai sinisnya tak kena dengan rupa. Sebelum Bulan mencukur jambangnya yang nipis seperti model Davidoff, dia kelihatan seperti otai. Sekarang dia nampak macam budak sekolah menengah walaupun dia lebih tua daripada aku. Kadang-kadang kesinisan dia membuatkan aku keliru. Macam budak kecil yang berperangai seperti orang tua.
Wavelength kami lebih kurang. Cuma I’m Park Lane dan he’s Trafalgar Square. Aku begini kerana dilahirkan dalam persekitaran begini. Tetapi bagi aku dia individu unik tanpa pertolongan sesiapa. I wish I could be Trafalgar Square.
Bulan antara manusia yang tidak takut mengejar impiannya. Dia ada ada impiannya sendiri. For me he makes the most out of life. Aku rasa Bulan sebenarnya adalah seorang individu yang sangat berbakat dan bijak. Tetapi kalau kena puji mesti dia nak humble-humble. Dia juga tech savvy. Tak macam aku. Bulan dilahirkan sebagai seseorang yang curious dan suka mencuba. Kalau aku tanya tentang sesuatu perkara, dia mesti suruh aku cari sendiri. Berdikari sikit, dia cakap.Err..Sebenarnya dia pun tak tahu juga aku rasa. Saja cakap begitu untuk nampak ‘cool‘.
So here’s the thing. Pagi ini aku sedar dialah satu-satunya kawan lelaki yang aku akankeep in touch no matter where I am, in what continent I am. Dan Bulan tak pernah berkata apa-apa yang ‘salah’. Maybe he’s that good of a friend.
Bulan is the most non-judgmental person I know. Aku tak perlu explain diri aku kepadanya, dia sudah paham. Kalau aku ada masalah, dia tahu. “I can feel it!”,katanya. Aku memang tak dapat nak sembunyikan apa-apa dari Bulan. Dia antara individu yang paling ikhlas dan baik aku pernah kenal walaupun ramai lelaki lain kalau berada di dalam situasi dia pasti akan menjadi bongkak. He’s genius, good looking, he has a good job which he loves (I know he will sooner) and he’s multitalented. Plus he’s one of the most interesting people I know.
Aku suka Bulan. Bukan suka nak jadikan dia sebagai teman lelaki. Lagipun,aku memang dari dulu tak percaya hubungan ‘teman lelaki-teman wanita’. Aku memang takkan ada teman lelaki. Tetapi suka jenis ‘I-hope-you-have-a-great-life, you-deserve-it’ punya suka. Aku harap dia akan mempunyai kehidupan yang sempurna, hidup gembira, bahagia, jumpa seorang gadis yang baik. Buat masa ini aku tahu dia tak berminat. Lagipun taste dia lain sikit. Dia suka perempuan pandai. Dia tidak tertarik kepada perempuan cantik tetapi bodoh. This I know for a fact walaupun dia tak pernah beritahu aku.
Aku selalu teringat pada Bulan bila dengar lagu Estrella. Aku pun rasa Bulan seperti lagu, cuma aku tak pasti lagu apa. Dan seperti lagu yang sudah ‘perfect’ dengan‘imperfections’nya, aku harap lagu itu tak akan di‘remake’ atau digubah semula sampai bila-bila.