6/23/2011

Cik Lilin Meniup 19 Lilin

Nur Amalin Ahmad nama diberi, tapi Mrs.Mama lebih selesa memanggil beliau Elin, Kulin, Moklin ataupun (jeng, jeng, jeng!! suspen sikit)...


Burung Hantu! Eh, tetibe kan? Bukan apa sebab mata beliau sangatlah bulat macam Digger dalam movie Ga'hoole tu. Jangan marah ya, cik Lilin (panggilan Alya kepada beliau). Bagi saya Moklin ni seorang yang berani, rajin, bersemangat dan berjiwa besar. Wah! Gitu... Yang paling penting beliau ini la yang menyerikan keluarga kami dengan perangainya yang maha selamba lagi maha kelakar. Tapi jangan tak tahu, Moklin juga penakut. Lagi-lagi kalau dengar 'Pok Ndir'

Tetibe,
Mr.Papa: Mama, amende Pok Ndir

Guruh la bang oii..

Kenapa saya bercerita tentang Moklin saya, sebabnya hari ini merupakan hari lahir beliau..

Tetibe,
Mr.Papa: Mama tipu la, birthday Elin 16 Jun, hari ni dah 24 June!
Alamak, Mr.Papa ni macam tak faham-faham Mama ni busy like a bee pulak, hihi..
So kepada Moklin, Elin, ataupun Cik Lilin, selamat Hari Lahir kami ucapkan~
Semoga sihat, bahagia, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, panjang umur, serta dirahmatiNya selalu. 
Amin.

p/s: Sorry ye, lambat update entry..nanti kami belanja cik Lilin ok~



Love,
Kak Hida
Abang Nabil
Alya

6/10/2011

Loghat

Pada suatu petang yang indah...


Mr. Papa    : Mama, where's the car key?
Mrs. Mama : Ada dalam 'sorrok' tu..
Mr. Papa     : 'Sorrok'? Amende mama?
Mrs. Mama : Tu haa, ada dalam 'sorrak' tu lah..
Mr. Papa     : Haaa??? 'Sorrak'?
Mrs. Mama : Opss! Lupa pulak.. Sorry bang, ada dalam drawer tu..


Apabila menyedari kesilapan itu, lalu Mrs.Mama gelak bagai nak rak..MUAHAHHAHHA!
Macam mana boleh lupa yg Mr.Papa bukan orang klate, patut la dia tak tau ape ke bende 'sorrok' tu..





Ni laaa rupanya 'sorrok' tu..hihihi

6/07/2011

XOXO to Cik TT

A special courtesy to Cik Titi for the chantek header~
Nanti Alya belanja Domino's lagi ok.
hihihi.





Lots of love,
Alya
(Tapi, mama yang tulis..)

6/05/2011

Blowing Her 23 Candles

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Cik Titi,
Happy Birthday to you~



Cik Titi saya sudah berusia 23 tahun,
(psttt..cik Titi, mama cakap mama kawen dengan papa masa mama umur 24 tahun). 
Cik Titi saya sangat baik, dan suka main-main dengan saya secara serius dan tidak berbelah-bahagi lagi ibarat cik Titi bermain game The Sims dan Harvest Moon 
(jangan marah, cik Titi).

Apapun, Alya, mama, dan papa harap cik Titi panjang umur, dimurahkan rezeki, dan dirahmatiNya selalu. Amin...


Ni la Cik Titi saya, santek tak? Thehehe..


Lots of love,
Alya
(Lagi sekali, mama yang tuliskan..hehe)

Quick Trip 1

Sempat menjejakkan kaki ke Bandaraya Melaka, Kota Bersejarah (juga kampung wan ein, hihi) selepas menghadiri majlis perkahwinan kawan Mr. Papa di Masjid Tanah.

Congrats to Sabri & pasangan, semoga berbahagia hingga ke syurga, amin.














xoxo,
Mrs. Mama

6/01/2011

Rajin

Rajin, sila datang kepada saya.
Laman blog saya penuh sesawang.
Rajin tolong ingatkan saya.
Supaya rajin-rajin update blog...

Janji tinggal janji, sudah lama tuan empunya blog tidak mengemaskinikan status LHDN nya, ok, tiada kaitan. Sekarang cuti 3 minggu. Sangat nikmat, last merasa cuti sekolah form 5 ataupun 26 - 17 = x tahun (kira sendiri..) yang lepas.

Cik Alya telah kembali ke pangkuan kami. Oh, sangat bahagia, bertaman tema di dalam hati. Sebelum ni Alya di kampung dengan nenek dan tok abahnya, sebab mamanya masuk KP*I..huarghhhh!! (sorry ya, agak sentap sikit kalau sebut KP*I ni..) banyak benda yang terpaksa saya korbankan..kerjaya yang dah on the right track, my babies (Alya & Papa nya la..), dan err..errr.. gaji bulanan..sob.sob.sob. Tapi tak apa, ini adalah investment untuk masa depan, harapnya bila jadi 'Teacher' nanti takde la balik malam-malam lagi (hopefully...), weekend pun dah tak berkejar ke office...

Tapi, paling sedih, bila terpaksa berpisah dengan Alya semasa dia berusia 4 bulan. Masih menyusu ok. Kalau di office dulu begitu tekun saya menjadi pengepam tegar dengan harapan dapat breastfeed baby sampai 2 tahun. Sekali terpaksa berpisah dengan Alya, itulah pengorbanan yang terbesar terpaksa dilakukan demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang (Ok, cut it off mama...)

Kehidupan sebagai student sangat mencabar, kelas dari pagi sampai ke lewat petang, bayangkan program diploma perguruan yang memakan masa 3 tahun di'compress'kan menjadi setahun. Tak boleh bernafas dibuatnya, dengan assignments bertimbun-timbun. Lokasinya pula di tengah-tengah kota raya yang sangatlah jammed... Setelah berbincang dengan ma, abah and Mr.Papa tentang pros and cons, akhirnya kami sebulat suara bersetuju Alya tinggal sementara dengan nenek dan tok abahnya, Mrs. Mama menyewa bilik berdekatan kolej, Mr. Papa pula sorang-sorang di rumah..kesian, terpaksa berhadapan dengan situasi PJJ (Perkahwinan jarak jauh) a.k.a weekend husbund & wife...kami sekeluarga terpaksa berpisah sementara. 

Tapi sekarang Alya dah kembali bersama kami, YEAH! Dah 8 bulan Alya sekarang, dulu kecik je, sekarang dah besar, dulu nak pakai diapers senang je, sekarang mama terpaksa bersilat-silat, dulu bila letak depan tv elok je diam kat situ, sekarang dah pandai crawl ke setiap pelusuk rumah. Apapun, mama & papa sayang Alya~ Apa yang mama buat sekarang untuk kebaikan Alya nanti, 'Bersusah-susah dahulu, besenang-senag kemudian'.


xoxo,
Mrs. Mama