6/01/2011

Rajin

Rajin, sila datang kepada saya.
Laman blog saya penuh sesawang.
Rajin tolong ingatkan saya.
Supaya rajin-rajin update blog...

Janji tinggal janji, sudah lama tuan empunya blog tidak mengemaskinikan status LHDN nya, ok, tiada kaitan. Sekarang cuti 3 minggu. Sangat nikmat, last merasa cuti sekolah form 5 ataupun 26 - 17 = x tahun (kira sendiri..) yang lepas.

Cik Alya telah kembali ke pangkuan kami. Oh, sangat bahagia, bertaman tema di dalam hati. Sebelum ni Alya di kampung dengan nenek dan tok abahnya, sebab mamanya masuk KP*I..huarghhhh!! (sorry ya, agak sentap sikit kalau sebut KP*I ni..) banyak benda yang terpaksa saya korbankan..kerjaya yang dah on the right track, my babies (Alya & Papa nya la..), dan err..errr.. gaji bulanan..sob.sob.sob. Tapi tak apa, ini adalah investment untuk masa depan, harapnya bila jadi 'Teacher' nanti takde la balik malam-malam lagi (hopefully...), weekend pun dah tak berkejar ke office...

Tapi, paling sedih, bila terpaksa berpisah dengan Alya semasa dia berusia 4 bulan. Masih menyusu ok. Kalau di office dulu begitu tekun saya menjadi pengepam tegar dengan harapan dapat breastfeed baby sampai 2 tahun. Sekali terpaksa berpisah dengan Alya, itulah pengorbanan yang terbesar terpaksa dilakukan demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang (Ok, cut it off mama...)

Kehidupan sebagai student sangat mencabar, kelas dari pagi sampai ke lewat petang, bayangkan program diploma perguruan yang memakan masa 3 tahun di'compress'kan menjadi setahun. Tak boleh bernafas dibuatnya, dengan assignments bertimbun-timbun. Lokasinya pula di tengah-tengah kota raya yang sangatlah jammed... Setelah berbincang dengan ma, abah and Mr.Papa tentang pros and cons, akhirnya kami sebulat suara bersetuju Alya tinggal sementara dengan nenek dan tok abahnya, Mrs. Mama menyewa bilik berdekatan kolej, Mr. Papa pula sorang-sorang di rumah..kesian, terpaksa berhadapan dengan situasi PJJ (Perkahwinan jarak jauh) a.k.a weekend husbund & wife...kami sekeluarga terpaksa berpisah sementara. 

Tapi sekarang Alya dah kembali bersama kami, YEAH! Dah 8 bulan Alya sekarang, dulu kecik je, sekarang dah besar, dulu nak pakai diapers senang je, sekarang mama terpaksa bersilat-silat, dulu bila letak depan tv elok je diam kat situ, sekarang dah pandai crawl ke setiap pelusuk rumah. Apapun, mama & papa sayang Alya~ Apa yang mama buat sekarang untuk kebaikan Alya nanti, 'Bersusah-susah dahulu, besenang-senag kemudian'.


xoxo,
Mrs. Mama

2 comments:

  1. Pelaburan masa depan ^^..bertahan! Allah ada perancangan terbaik buat kita semua .. =')

    ReplyDelete