5/13/2009

Bulan

Bulan suka pakai baju hitam. Kalau bukan hitam, putih, hijau atau merah. Kalau bukan warna-warna itu, mesti sebab baju itu berbelang-belang atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Kemudian dia suka pakai seluar jeans warna beige atau hitam lusuh dengan selipar sandal kadang-kadang je pakai sneakers.
Aku suka Bulan sebab dia seorang sinis yang kelakar. Solusi dia untuk segala masalah adalah dengan bertenang kepada si pembawa masalah, berlainan dengan aku yang lebih kepada melempang pembawa masalah. Err..Kadang-kadang kalau bengang sangat dia lebih senang menggunakan perkataan ‘menumbuk’. Kalau dia menyampah dengan sesuatu, contohnya bila doktor tak percaya dia sedang sakit, dia pasti akan cakap, “Berlagak. Tumbuk kang.” Aku akan cuba menahan gelak dan berkata dengan serius,

“Hoi, mana boleh main-main tumbuk doktor.”

“He-he. Ugut je tu, “ dia akan menjawab.

Aku rasa kelakar kerana perangai sinisnya tak kena dengan rupa. Sebelum Bulan mencukur jambangnya yang nipis seperti model Davidoff, dia kelihatan seperti otai. Sekarang dia nampak macam budak sekolah menengah walaupun dia lebih tua daripada aku. Kadang-kadang kesinisan dia membuatkan aku keliru. Macam budak kecil yang berperangai seperti orang tua.
Wavelength kami lebih kurang. Cuma I’m Park Lane dan he’s Trafalgar Square. Aku begini kerana dilahirkan dalam persekitaran begini. Tetapi bagi aku dia individu unik tanpa pertolongan sesiapa. I wish I could be Trafalgar Square.
Bulan antara manusia yang tidak takut mengejar impiannya. Dia ada ada impiannya sendiri. For me he makes the most out of life. Aku rasa Bulan sebenarnya adalah seorang individu yang sangat berbakat dan bijak. Tetapi kalau kena puji mesti dia nak humble-humble. Dia juga tech savvy. Tak macam aku. Bulan dilahirkan sebagai seseorang yang curious dan suka mencuba. Kalau aku tanya tentang sesuatu perkara, dia mesti suruh aku cari sendiri. Berdikari sikit, dia cakap.Err..Sebenarnya dia pun tak tahu juga aku rasa. Saja cakap begitu untuk nampak ‘cool‘.
So here’s the thing. Pagi ini aku sedar dialah satu-satunya kawan lelaki yang aku akankeep in touch no matter where I am, in what continent I am. Dan Bulan tak pernah berkata apa-apa yang ‘salah’. Maybe he’s that good of a friend.
Bulan is the most non-judgmental person I know. Aku tak perlu explain diri aku kepadanya, dia sudah paham. Kalau aku ada masalah, dia tahu. “I can feel it!”,katanya. Aku memang tak dapat nak sembunyikan apa-apa dari Bulan. Dia antara individu yang paling ikhlas dan baik aku pernah kenal walaupun ramai lelaki lain kalau berada di dalam situasi dia pasti akan menjadi bongkak. He’s genius, good looking, he has a good job which he loves (I know he will sooner) and he’s multitalented. Plus he’s one of the most interesting people I know.
Aku suka Bulan. Bukan suka nak jadikan dia sebagai teman lelaki. Lagipun,aku memang dari dulu tak percaya hubungan ‘teman lelaki-teman wanita’. Aku memang takkan ada teman lelaki. Tetapi suka jenis ‘I-hope-you-have-a-great-life, you-deserve-it’ punya suka. Aku harap dia akan mempunyai kehidupan yang sempurna, hidup gembira, bahagia, jumpa seorang gadis yang baik. Buat masa ini aku tahu dia tak berminat. Lagipun taste dia lain sikit. Dia suka perempuan pandai. Dia tidak tertarik kepada perempuan cantik tetapi bodoh. This I know for a fact walaupun dia tak pernah beritahu aku.
Aku selalu teringat pada Bulan bila dengar lagu Estrella. Aku pun rasa Bulan seperti lagu, cuma aku tak pasti lagu apa. Dan seperti lagu yang sudah ‘perfect’ dengan‘imperfections’nya, aku harap lagu itu tak akan di‘remake’ atau digubah semula sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment