1/29/2012

New Career

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Guru
Cikgu
Teacher
 Lau She


Perkataan di atas merupakan kerjaya baru saya. Setelah hampir sedekad (Baca: Setahun) bertungkus lumus di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di dalam Pengajian Bahasa Inggeris akhirnya kami semua berjaya menamatkannya 'dengan warna-warna yang sedang terbang'. Selepas tempoh tamat pengajian kami melalui beberapa fasa yang mendebarkan.

FASA I
Berdebar menunggu keputusan final exam. Alhamdulillah. Lulus dengan cemerlang. Maybe rezeki anakanda, Alya.

FASA 2
Berdebar menunggu keputusan penempatan. Setelah mendengar beberapa hear-say, rumors, bla, bla, bla..ramai cakap lambat. Lepas pilihan raya la, bulan Jun la. Akibat mendengar cakap-cakap orang dan kementerian hanya mendiamkan diri (telefon sampai sampai sudah tak hangkatttt. Eh,emosi tetibe.) Lalu saya mengambil keputusan meng-update-kan resume di Jobstreet. Ye la, takkan nak jobless 3, 6 bulan. Tak boleh. Tak boleh. Memang mati kutu dibuatnya. Maybe rezeki ada di sana, saya mendapat panggilan temuduga, seterusnya melayakkan diri menyandang jawatan yang dipohon. Alhamdulillah. Tetibe. Selepas dua hari saya melapor diri berkhidmat di syarikat terbabit. Keputusan penempatan diumumkan. ARGHHHHH! Tak pasal-pasal kena hantar resignation letter setelah 2 hari bekerja. Ada ke orang buat cenggitu? Kesian boss.. Humph.

Keputusan penempatan. Alhamdulillah dapat di Selangor, pilihan ke-2. Actually, pilihan pertama Putrajaya, maybe tiada kekosongan. Tapi ok la dapat sana dari dapat negeri yang lagi jauh dari tempat bermastautin.

FASA 3
Berdebar menunggu penempatan sekolah. Tahukan anda Selangor itu luas? Buatnya dicampakkan saya ke Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Kubu ke..Tak ke haru. Sungguh tidak tenang hati ini. Terus call JPN, malangnya tak dilayan. Mungkin mereka busy jua dengan penempatan secara TETIBE ini. Akhirnya, saya mengambil keputusan sendiri menelefon setiap sekolah berdekatan untuk mengetahui sekiranya terdapat kekosongan dan akhirnya saya meminta pertolongan dari insan-insan yang tidak saya kenali untuk memohon mereka 'tangkap' saya masuk ke sekolah mereka. Ini TIPS yang berguna. Sekiranya anda bakal guru, sila cuba. Ha-ha.

Langkah seterusnya, pergi merayu dengan JPN. Ha-ha-ha. Dengan bantuan suami tersayang, kami ke JPN. Agak susah untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Ye la, masing-masing busy. Surat rayuan telah dikarang. Dan saya hanya berharap pada si suami kerana dia mempunyai skill PR yang tinggi. Siap catat point-point penting yang perlu dibincang kelak. Malangnya, suami TIDAK dibenarkan berjumpa dengan pegawai. Hanya bakal guru sahaja yang boleh berjumpa, iaitu SAYA. Agak berdebar sebenarnya berjumpa dengan penolong pengarah tersebut, kot-kot dia blacklist saya. Itu sudah jadi kes haru. Tapi, alhamdulillah setelah menerangkan sebab-sebab saya ingin memohon ditempatkan di sekolah berdekatan diutarakan, rayuan saya diterima. Akan diusahakan katanya. Apabila saya keluar pejabat rupa-rupanya ramai lagi calon yang ingin berjumpa dengannya tetapi tidak dilayan. Mungkin sebab kami sanggup tunggu lama di luar. (Lama gile kot kite orang tunggu) Tak pun maybe rezeki kami. Alhamdulillah.

FASA 4
Saya ditempatkan di sekolah yang dipohon dan dirayu tersebut. Sebuah sekolah jenis kebangsaan. Dan sudah tentu masalah komunikasi akan menjadi cabaran utama. Bebanan tugas sebagai guru hanya guru yang mengetahuinya. Tapi saya harap di mana pun saya berkhidmat, ilmu yang saya curahkan akan dimanfaatkan oleh setiap anak didik saya. Insya-Allah. Kepada sesiapa sahaja yang 'satu kapal' dengan saya. All the best! Semoga dipermudahkan segala urusan.

1/28/2012

Recipe of The Day: Daging Bistik

Adalah sangat mengharukan serta mendukacitakan apabila bersemangat membuat entri baru tiba-tiba si empunya blog lupa kata laluan akibat terlalu lama mengabaikan blog tersebut. (Mood: Sedih)

Resipi saya pada hari ini (eh! Tetibe.) adalah daging bistik a.k.a beef beefsteak. Sangat pelik bunyinya bila dialih bahasakan secara hurufiah. Sekiranya mengikut terjemahan ala-ala MINDEF (Ops, isu sensitif. Poke-eyes), Google Translate ia akan diterjemahkan sebagai Beefsteak sahaja. Beefsteak memberi gambaran hidangan mat salleh yang lengkap dgn seketul daging batang pinang dipanggang, baked potato, sedikit potongan sayuran, dan gravy yang menggoda. Namun daging bistik merupakan hidangan sama sekali tidak sama dengan Beefsteak.

TADAAAA!!!

Hi, sayalah daging bistik.

Bahan-bahan:

A) Meatballs
Daging
Tepung
Telur
Garam
Serbuk lada hitam

B) Sos
Bawang Putih
Bawang Besar
Halia
Sos Cili
Tomato puree
Garam

C) Sayur-sayuran
Broccoli, tomato, ubi kentang, carrot, capsicum (Boleh tambah ikut selera)

Cara-cara:

A) Untuk buat meatballs sangat senang, saya cuma guna 250g daging tempatan halalan toyyiban yang hanya berharga RM 6.27 dan percaya atau tidak ia mampu menghasilkan 20 bijik meatballs yang lagi sedap dari meatballs IKEA ini. Murah pun murah. Jimat. Berbaloi-baloi. Anda hanya perlu kisarkan daging tersebut, campur sedikit garam, tepung, air, serbuk lada hitam dan adun sebati. Bulat-bulatkan ia. Setelah dibulatkan secomel mungkin, golek-golekkan ia ke dalam telur, dan selepas itu bedakkannya dengan tepung gandum. Goreng di dalam minyak yang mendidih.

Bukti pembelian daging, RM 6.27 = 20 meatballs. Muahahaha.

Meatballs IKEA RM 10++ = 10 meatballs dan sedikit fries, gravy, sos.

PILIHAN DI TANGAN ANDA! JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK. eh! ++'

B) Untuk sosnya pula, lagi senang. Tumis bawang putih, bawang besar, halia. Masukkan tomato puree, sos cili, garam, dan sedikit air tepung kalau nak kuah pekat.

C) Untuk sayur-sayuran cuma perlu potong dan goreng lebih-lebih lagi potatoes tu, baru mengancam.

Akhir sekali, campurkan ABC gaul-gaul sebati. Siap. Sila cuba kalau rajin.

Actually, daging bistik resipi maa saya, kecik-kecik dulu selalu juga makan. Hari ini je tiba-tiba terlintas ingin buat sendiri selepas kakak saya menguar-uarkan bahawasanya dia telah membuat daging bistik tersebut. Ho-ho-ho.

6/23/2011

Cik Lilin Meniup 19 Lilin

Nur Amalin Ahmad nama diberi, tapi Mrs.Mama lebih selesa memanggil beliau Elin, Kulin, Moklin ataupun (jeng, jeng, jeng!! suspen sikit)...


Burung Hantu! Eh, tetibe kan? Bukan apa sebab mata beliau sangatlah bulat macam Digger dalam movie Ga'hoole tu. Jangan marah ya, cik Lilin (panggilan Alya kepada beliau). Bagi saya Moklin ni seorang yang berani, rajin, bersemangat dan berjiwa besar. Wah! Gitu... Yang paling penting beliau ini la yang menyerikan keluarga kami dengan perangainya yang maha selamba lagi maha kelakar. Tapi jangan tak tahu, Moklin juga penakut. Lagi-lagi kalau dengar 'Pok Ndir'

Tetibe,
Mr.Papa: Mama, amende Pok Ndir

Guruh la bang oii..

Kenapa saya bercerita tentang Moklin saya, sebabnya hari ini merupakan hari lahir beliau..

Tetibe,
Mr.Papa: Mama tipu la, birthday Elin 16 Jun, hari ni dah 24 June!
Alamak, Mr.Papa ni macam tak faham-faham Mama ni busy like a bee pulak, hihi..
So kepada Moklin, Elin, ataupun Cik Lilin, selamat Hari Lahir kami ucapkan~
Semoga sihat, bahagia, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, panjang umur, serta dirahmatiNya selalu. 
Amin.

p/s: Sorry ye, lambat update entry..nanti kami belanja cik Lilin ok~



Love,
Kak Hida
Abang Nabil
Alya

6/10/2011

Loghat

Pada suatu petang yang indah...


Mr. Papa    : Mama, where's the car key?
Mrs. Mama : Ada dalam 'sorrok' tu..
Mr. Papa     : 'Sorrok'? Amende mama?
Mrs. Mama : Tu haa, ada dalam 'sorrak' tu lah..
Mr. Papa     : Haaa??? 'Sorrak'?
Mrs. Mama : Opss! Lupa pulak.. Sorry bang, ada dalam drawer tu..


Apabila menyedari kesilapan itu, lalu Mrs.Mama gelak bagai nak rak..MUAHAHHAHHA!
Macam mana boleh lupa yg Mr.Papa bukan orang klate, patut la dia tak tau ape ke bende 'sorrok' tu..





Ni laaa rupanya 'sorrok' tu..hihihi

6/07/2011

XOXO to Cik TT

A special courtesy to Cik Titi for the chantek header~
Nanti Alya belanja Domino's lagi ok.
hihihi.





Lots of love,
Alya
(Tapi, mama yang tulis..)

6/05/2011

Blowing Her 23 Candles

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Cik Titi,
Happy Birthday to you~



Cik Titi saya sudah berusia 23 tahun,
(psttt..cik Titi, mama cakap mama kawen dengan papa masa mama umur 24 tahun). 
Cik Titi saya sangat baik, dan suka main-main dengan saya secara serius dan tidak berbelah-bahagi lagi ibarat cik Titi bermain game The Sims dan Harvest Moon 
(jangan marah, cik Titi).

Apapun, Alya, mama, dan papa harap cik Titi panjang umur, dimurahkan rezeki, dan dirahmatiNya selalu. Amin...


Ni la Cik Titi saya, santek tak? Thehehe..


Lots of love,
Alya
(Lagi sekali, mama yang tuliskan..hehe)

Quick Trip 1

Sempat menjejakkan kaki ke Bandaraya Melaka, Kota Bersejarah (juga kampung wan ein, hihi) selepas menghadiri majlis perkahwinan kawan Mr. Papa di Masjid Tanah.

Congrats to Sabri & pasangan, semoga berbahagia hingga ke syurga, amin.














xoxo,
Mrs. Mama

6/01/2011

Rajin

Rajin, sila datang kepada saya.
Laman blog saya penuh sesawang.
Rajin tolong ingatkan saya.
Supaya rajin-rajin update blog...

Janji tinggal janji, sudah lama tuan empunya blog tidak mengemaskinikan status LHDN nya, ok, tiada kaitan. Sekarang cuti 3 minggu. Sangat nikmat, last merasa cuti sekolah form 5 ataupun 26 - 17 = x tahun (kira sendiri..) yang lepas.

Cik Alya telah kembali ke pangkuan kami. Oh, sangat bahagia, bertaman tema di dalam hati. Sebelum ni Alya di kampung dengan nenek dan tok abahnya, sebab mamanya masuk KP*I..huarghhhh!! (sorry ya, agak sentap sikit kalau sebut KP*I ni..) banyak benda yang terpaksa saya korbankan..kerjaya yang dah on the right track, my babies (Alya & Papa nya la..), dan err..errr.. gaji bulanan..sob.sob.sob. Tapi tak apa, ini adalah investment untuk masa depan, harapnya bila jadi 'Teacher' nanti takde la balik malam-malam lagi (hopefully...), weekend pun dah tak berkejar ke office...

Tapi, paling sedih, bila terpaksa berpisah dengan Alya semasa dia berusia 4 bulan. Masih menyusu ok. Kalau di office dulu begitu tekun saya menjadi pengepam tegar dengan harapan dapat breastfeed baby sampai 2 tahun. Sekali terpaksa berpisah dengan Alya, itulah pengorbanan yang terbesar terpaksa dilakukan demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang (Ok, cut it off mama...)

Kehidupan sebagai student sangat mencabar, kelas dari pagi sampai ke lewat petang, bayangkan program diploma perguruan yang memakan masa 3 tahun di'compress'kan menjadi setahun. Tak boleh bernafas dibuatnya, dengan assignments bertimbun-timbun. Lokasinya pula di tengah-tengah kota raya yang sangatlah jammed... Setelah berbincang dengan ma, abah and Mr.Papa tentang pros and cons, akhirnya kami sebulat suara bersetuju Alya tinggal sementara dengan nenek dan tok abahnya, Mrs. Mama menyewa bilik berdekatan kolej, Mr. Papa pula sorang-sorang di rumah..kesian, terpaksa berhadapan dengan situasi PJJ (Perkahwinan jarak jauh) a.k.a weekend husbund & wife...kami sekeluarga terpaksa berpisah sementara. 

Tapi sekarang Alya dah kembali bersama kami, YEAH! Dah 8 bulan Alya sekarang, dulu kecik je, sekarang dah besar, dulu nak pakai diapers senang je, sekarang mama terpaksa bersilat-silat, dulu bila letak depan tv elok je diam kat situ, sekarang dah pandai crawl ke setiap pelusuk rumah. Apapun, mama & papa sayang Alya~ Apa yang mama buat sekarang untuk kebaikan Alya nanti, 'Bersusah-susah dahulu, besenang-senag kemudian'.


xoxo,
Mrs. Mama

5/07/2011

Sesak Nafas


argh, sesak.
nafas dah ibarat telur di hujung tanduk.
nyawa pun dah macam nyawa-nyawa ikan.

macam-macam terpaksa dihadap sebelum dapat bercuti dengan bahagia.
setakat ni kami masih tak nampak lagi kebenaran phrase "what does'nt kill you, makes you stronger."
tak mati lagi setakat ni, dan juga tak rasa langsung perasaan semakin kuat.

ada tak siapa yang faham,
mungkin ada yang pura-pura faham.
supaya masing-masing rasa sedikit lapang.

tapi bila kita pura-pura,
sampai masa kita lupa, dan terlepas semua.
ibarat belon yang ditiup,
sampai masa isipadunya tidak dapat di tampung, 

pecah dan terhamburlah semuanya.

Kawan-kawan, bertahanlah!!!


.....,
Mrs.Mama

10/28/2010

It's Been A Long Time Since My Last Post.


Hello! Sorry and sad to say that it’s been a long time since I didn’t update my blog. This blog also became idle in couple of months. One thing that makes me realize to post something in my blog is when I surf and read some of my posted entries before, funny isn’t?

This short article is just sharing my feelings to today and for consuming my long break of my confinement. Hope I will continue to post some good articles, information, story, and more! I'll get Mr.Papa to share his story too, and not to forget Little Alya. Bila Alya dah pandai guna laptop lah ye.. hihi.

Love,
Mrs.Mama

Facebook Updates Oct 2010

Nur Alya Nabilah is the master here. She's like, "I'm small but I'm the boss".
(pffftt...mama lap peluh...) (Thu, 28 Oct 2010 04:18:51 GMT)

Nur Jom beli rumah sekarang~~ tahun-tahun-tahun-tahun-tahun depan naik-naik-naik-naik-naik lagi harga. hahaha. (Wed, 27 Oct 2010 12:16:17 GMT)

Nur we can't stop them from growing. (Wed, 27 Oct 2010 03:47:00 GMT)

Nur oh gaji oh. mahu baby's stuff. nak 3 please. nak baby carrier, nak car seat, nak stroller. amaigaddd.. i need retail therapy too....
(mata kelip-kelip macam minah shopaholic)
(Tue, 26 Oct 2010 16:46:44 GMT)

Nur Alya seorang yang punctual. Consistently wake up around 3 am & 5 am everyday. Kalau dulu, bangun saja mesti terus teriak tak pakai warning. Tapi sekarang, dia lagi suka merengek-rengek.."Ikhhh… ikhhhh… ikkhhh!" Macam bunyi tak puas hati. Kalau lambat dilayan, makin tajam bunyinya. LOL. (Tue, 26 Oct 2010 03:39:43 GMT)

Nur Bye-Bye papa, see you soon~ (Mon, 25 Oct 2010 02:03:02 GMT)

Nur huge sigh of relief. fuhhhhhhhhhhhh. now i can sleep like a baby, with both my babies tonight. :) (Sat, 23 Oct 2010 15:14:15 GMT)

Nur Alya~ Papa's coming home tonight!! ^^ (Fri, 22 Oct 2010 01:26:49 GMT)

Nur OMG~ Exam is coming..exam is coming.. Boleh pulak tertinggal buku kat rumah. Mr.Hubster, Ahmad Nabil Ab Rahim..jangan lupa tolong bawak balik buku2 sekalian kat kampung esok ye...owh, my lappy jugak..hihihi.. (Thu, 21 Oct 2010 12:14:01 GMT)

Nur You're the man, abah ( Ahmad Abdullah) ! Happy Birthday~ ^^ (Wed, 20 Oct 2010 08:00:28 GMT)

Nur 1+1=3 (Tue, 19 Oct 2010 09:45:43 GMT)

Nur I want REAL food. Waaaaaa... (Sun, 17 Oct 2010 13:16:20 GMT)

Nur Just got a call from Talisman Energy for an interview. Dah berkurunnn lamanya apply kottt..x ingat dah bila.. But then now i'm married & have a daughter, tak seswaiiii rasanye nk join O&G lagik.. ;-P‌ (Sun, 17 Oct 2010 11:21:28 GMT)

Nur Mode: Pengepam tegar. (Fri, 15 Oct 2010 12:26:25 GMT)

Nur Ahmad Nabil Ab Rahim~ our princess just smell and look so nyummy! Those tiny fingers and toes, and ears, and nose, the way she doze, so beautiful, so pure. ^^ (Tue, 12 Oct 2010 08:52:12 GMT)

Nur Still a long way till my confinement is over.......... -_-' (Mon, 11 Oct 2010 23:25:47 GMT)

Nur Dear Ahmad Nabil Ab Rahim. Our precious little Alya progress is really good. From a whopping 244 to 189!! The Miracle of Breastfeeding~ ^^ Hopefully, next appointment turun lagi. Keep praying for our princess. (Sun, 10 Oct 2010 08:39:37 GMT)

Nur When baby is born, mummy is born too! (Sat, 09 Oct 2010 10:32:50 GMT)

Nur InsyaAllah kami akan mengadakan majlis akikah Nur Alya Nabilah esok pagi. So, relatives & friends yang ada kelapangan dijemput hadir. ^^ (Fri, 08 Oct 2010 14:03:15 GMT)

Nur Ahmad Nabil Ab Rahim - I always knew he would be a great father the 1st moment I met him. He works hard & provides for us. He sacrifices. He prays over us. I thank Allah every day for a husband who happens to be the perfect father in my eyes. (Wed, 06 Oct 2010 19:43:54 GMT)

Nur Dear friends, millions thanks for the wishes. ^^, Tak sabar nak tengok progress tumbesaran Nur Alya Nabilah Ahmad Nabil yang seterusnya. Hihi. (Tue, 05 Oct 2010 21:14:21 GMT)

Nur Alhamdulillah.. (Sat, 02 Oct 2010 00:15:02 GMT)

10/02/2010

Our Bundle of Joy..

Nur Alya Nabilah binti Ahmad Nabil


D.O.B   : 03.09.10 at 03.09 PM (No kidding!)
Weight : 3.09 kg
Height  : 50 cm




Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas anugerah kurniaanMu ini.
Welcome to the world, sayang. Semoga menjadi anak yang solehah. Amin...

9/28/2010

Facebook Updates Sept 2010

Nur Still no labor signs. Next Monday's my checkup with the gynea. Wonder what's the progress like. According to my EDD, I still have 12 days to go. Seems like forevah~ Huhuhu... (Tue, 28 Sep 2010 11:45:14 GMT)

Nur Think baby will come around my due date instead? Almost exactly in another 2 weeks. But you never know... if it's this week. Aaaaaaa~ (Mon, 27 Sep 2010 03:59:39 GMT)

Nur Baby is 3/5 engaged! Baby gained weight, I lost some, lol, but I thought I ate alot last week. Maybe went to the baby. Baby went from 2.4kgs to about 2.7-2.8kgs! (Thu, 23 Sep 2010 09:07:45 GMT)

Nur Seorang perempuan baru kahwin 5 bulan, pregnant 4 bulan. Bulan lepas last dia in BBB sebab dia dapat tukar kerja dekat dengan husband kat JB. Died in a car accident. Tak perlu tau nama, siapa, kenapa. Sebab aku yang tak kenal arwah pun sedih dengar kisah ni. Sedih fikirkan perasaan suami yang hangat bercinta, rindukan isteri, perasaan nak beraya pertama kali bersama. (Thu, 23 Sep 2010 02:07:16 GMT)

Nur Demmm~ have to sit for paper 1,2,3 this coming Dec. Nasib baik viva on Feb. Dalam pantang nanti kene study la nampak gayanye... (Wed, 22 Sep 2010 04:48:28 GMT)

Nur ONLY 20 DAYS TO GO!!!??? Waaaaaaaaaaaaaaaaahhhh~ Ahmad Nabil Ab Rahim are you ready to be a daddddeehh???? (Mon, 20 Sep 2010 12:39:49 GMT)

Nur sin chan : kamu ni jangan kebudak-budakan, kebimbangan saya adalah lebih penting jika dibandingkan dengan masalah kamu yang sebesar "gajah" kazama. (Mon, 20 Sep 2010 03:44:01 GMT)

Nur masih bekerja dan menghitung hari untuk bercuti panjanggggggg~~~~ ;-P (Mon, 20 Sep 2010 01:23:51 GMT)

Nur Dear mommies, how much did your baby weigh and what was the length when he/she was born? And at how many weeks was your baby born? Was yours before or after or exactly on the estimated due date? hmmm..... (Sat, 18 Sep 2010 03:09:28 GMT)

Nur Selamat sampai di Bangi..alhamdulillah. Thanks to mr.Hubby (Ahmad Nabil Ab Rahim). Esok keje! Ho-yeahhh~~~ & baby dah 37 weeks.. Bile laaaa baby nak kuar ni? Can't wait! ^^ (Thu, 16 Sep 2010 13:28:56 GMT)

Nur @ Bachok, Klate.. ^^ (Sun, 12 Sep 2010 14:06:58 GMT)

Nur According to my estimated due date, I've about exactly 1 month to go!! Babyyyyyyyyyyyyyyy~ Mama & Papa will be seeing you soonish! Oyh, eid mubarak to all. ^^, (Fri, 10 Sep 2010 12:54:26 GMT)

Nur @ Tandop. ^^ (Wed, 08 Sep 2010 04:03:35 GMT)

Nur Conjunctivitis. MC for 2 days. 0_0' (Mon, 06 Sep 2010 01:34:55 GMT)

Nur SENYUM. Buatkan senyum adalah setting default muka bila bertembung dengan sesiapa. Ini adalah lebih baik dari derma ikhlas cek besar untuk masuk dalam TV dan surat khabar. Bertambah pahala puasa. ;-) (Sun, 05 Sep 2010 08:07:44 GMT)

Nur Ujian apakah ini?..lepas demam+batuk+skt tekak..dtg pulak sakit mata..tp en.suami (Ahmad Nabil Ab Rahim) ckp ujian kesenangan adlh ujian plg berat krn bukanlah senang utk menangani ujian kesenangan bahkan pelbagai cabaran terhadapnya. Ramai yg tersungkur apabila menikmati kesenangan hgga ada yg lupa diri, lupa keluarga & lupa kpd Allah s.w.t.! (Insaf...x nak merungut lg..-_-') (Sat, 04 Sep 2010 13:54:44 GMT)

Nur Conservative, bureaucratic, old-fashioned, dinosaur are all words that immediately come to mind when I think about Japanese firms. However, I should say that working at a Japanese company can actually be a very good & rewarding experience, provided that you go into it knowing the territory, what benefits to be expected & the limitations. (Sat, 04 Sep 2010 00:43:03 GMT)

Nur Lalalala..ha!Hari hari kerja..!Lalalala..Bosan dengan kerja.ha hah!Lalalala..la! Hidup harus kerja,kerja~ (suaraku dah macam Lan x-MUH dah..uhuk3..)(Fri, 03 Sep 2010 00:57:14 GMT)

Nur Tonsilitis+Fever+Cough+Cold+Wheezing...Perfect combo! +_+ (Thu, 02 Sep 2010 09:08:37 GMT)

Nur Bila suami isteri demam serentak... -_-' (Thu, 02 Sep 2010 01:58:04 GMT)

Nur I am having a bad sore throat...batuk2..uhuk2.. -_-' (Wed, 01 Sep 2010 02:40:45 GMT)

8/30/2010

Facebook Updates Aug 2010

Nur Office’s work load make myself fatigue...30 minutes to go.. Tick tock tick tock... (Mon, 30 Aug 2010 09:01:10 GMT)

Nur I think the water retention is starting now. My feet getting bigger, my blood vain i think expending. My body is expending and my tummy looked so big even some people claim it looked small at 34 weeks pregnant. Take is as compliment instead of condemnation. Mwahahaha. (Sun, 29 Aug 2010 06:25:04 GMT)

Nur Life is tough enough without having someone kick you from the inside. (Tue, 24 Aug 2010 08:46:23 GMT)

Nur Approaching 34 weeks~ Alhamdulillah puasa masih sempurna. ;-) (Tue, 24 Aug 2010 03:18:54 GMT)

Nur Ada orang cakap, don't worry about regrets, just do what you think is right. Esok kita tengok the consequences. Life is short, sampai bila nak risau. (Thu, 19 Aug 2010 09:49:44 GMT)

Nur BIG & Beautiful. Muwahahhaha~ (Wed, 18 Aug 2010 00:35:23 GMT)

Nur I went for my 32 weeks ultrasound today. Amazingly, my baby's leg were 36 weeks!! Hahaha. Anak papa (Ahmad Nabil Ab Rahim) nampak gayanya. Kaki panjang. LOL. Alhamdulillah, baby's position is still head down. Hope everything's gonna be ockayyy...^^ (Sat, 14 Aug 2010 14:13:30 GMT)

Nur Baby, esok insyaAllah kita puasa.. baby kena kuat tau, jangan nakal-nakal, dok diam-diam dalam tu.. kita cuba puasa penuh ok~ ^^ (Tue, 10 Aug 2010 09:02:30 GMT)

Nur Ahmad Nabil Ab Rahim is away for Nuclear Malaysia Badminton Tournament and I'm eating strawberry cheesecake all alone at home. Muwahahhahah.(Sun, 08 Aug 2010 06:33:58 GMT)

Nur 31 weeks~ ^^ (Sun, 08 Aug 2010 04:44:36 GMT)

Nur Having a date tonight with Ahmad Nabil Ab Rahim. Tengok SALT eh? huhu. (Fri, 06 Aug 2010 11:09:45 GMT)

Nur Just got up. Hungry very. What shall I eat for my midnight snack? Cornetto's ice cream sounds yummy~ Need to wake hubby to accompany me to the nearest 7E. Muwahaha. (Wed, 04 Aug 2010 17:45:31 GMT)

Nur dulu karipap 1biji 10sen.skrg 1biji 40sen.dulu 1 cawan air sirap 20sen.td aku minum sirap ais RM1.50.dulu nk tgk movie kena beli video tape.skrg download je.dulu air pns org msk maggie.skrg org wt siram org gaji.dulu anak jalan kaki pergi sekolah, apa ada hal.skrg anak nak naik van sekolah pun dah risau.haih.dulu kita manusia.skrg dah tak tahu apa. (Wed, 04 Aug 2010 14:03:55 GMT)

7/31/2010

Facebook Update Jul 2010

Nur Made Bolognese Spaghetti with mr.hubby ( Ahmad Nabil Ab Rahim ) for berbuka. Was pretty good, but the minced meat needs a little more seasoning. Other than that, perfecto! Will definitely be making more. Nyummm. (Sat, 31 Jul 2010 15:05:25 GMT)

Nur Baby has hiccups! Thought baby was kicking at first, but there's this constant pulsating feeling, rythamic patterns. So cute~ ^^ (Wed, 28 Jul 2010 13:06:08 GMT)

Nur Hubby is away on conference for 2 days. Take care baby. Your babies are waiting for you at home. (Mon, 26 Jul 2010 12:06:33 GMT)

Nur Joining SHO Competant Course for a month in NIOSH. Aik! Semua participants lelaki. Silap masuk bidang ke? Green book punye pasal,redah je la. Huhu.(Mon, 26 Jul 2010 00:47:26 GMT)

Nur Not feeling well. Lower abdomen is terribly pain, mild heartburn. Have been drinking barley. Home remedies as I refuse to take any drugs. Don't wanna harm my baby. So sorry baby, mama hasn't been taking care of my health much these past few weeks. I'm really sorry :( I love you so much. I want to be super healthy for you right now. Kisses. (Thu, 22 Jul 2010 11:17:22 GMT)

Nur 29 weeks pregnant - cramps. heartburn. nausea. vomiting. lost weight 2.2kg after gaining some. UTI.

Pergi klinik, doctor bagi antibiotic (Bacampicillin) & mixture potassium citrate. Urghhh..risau betul nak telan antibiotic, nak kena google dulu selamat ke tak. nak amik ubat dalam fasa cecair tu pun satu hal.. -_-' oh! baby~

Has anyone out there had UTI during pregnancy? Any tips?
(Wed, 21 Jul 2010 08:58:00 GMT)

Nur I love my pregnant belly. Makes me feel womanly and wholesome! ;-P (Tue, 20 Jul 2010 12:43:17 GMT)

Nur Going back to kelantan tonight for Majlis Akikah Zara on Friday morning and Majlis Doa Selamat & Solat Hajat for our 28 weeks baby after Friday's prayer. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin... (Thu, 15 Jul 2010 04:46:34 GMT)

Nur Aihhh~ I hate it when I've to pick and choose. Grrrr. (Wed, 14 Jul 2010 12:06:54 GMT)

Nur oren2 sekalian, hari ni jgn mc ya..lolx. (Sun, 11 Jul 2010 21:31:33 GMT)

Nur 'I could have annihilated all the Jews, but I left some of them to let you know why I was Annihilating them' - Adolf Hitler (Sat, 10 Jul 2010 14:28:52 GMT)

Nur I love seeing baby photos of friends on facebook. Ahh~ so adorable, so cute, so lovely! You people really make the most beautiful babies ever~ Sigh, can't wait!!! (Tue, 06 Jul 2010 08:57:17 GMT)

Nur Tsamina mina eh eh. Waka waka eh eh. (Mon, 05 Jul 2010 13:51:23 GMT)

Nur Not Spain's best game.The Germans look to shut down Spain's passing game faster than Paraguay.Come on Spain I still have faith in you!!!! (Sun, 04 Jul 2010 01:12:53 GMT)

Nur Woke up to a happy baby somersault show. Watched my tummy bulging and moving. Woooooo.... (Thu, 01 Jul 2010 22:22:56 GMT)

6/30/2010

Facebook Updates Jun 2010

Nur My baby was rumbling and tumbling and fumbling in my tummy~ ^^ (Wed, 30 Jun 2010 13:43:17 GMT)

Nur Okay. So seriously, I need to start buying stuff for baby. Believe it or not I haven't shopped a single thing. And I'm due early October! Wuhoho~ Let's go shopping Ahmad Nabil Ab Rahim. Next month dah start class, next two month dah puasa. Tak larat~ ;-P (Sun, 27 Jun 2010 01:26:23 GMT)

Nur Having trouble sleeping last night. Can't seem to find a comfortable position to place my growing tummy. Baby~~~~ (Mon, 21 Jun 2010 03:36:50 GMT)

Nur Feels like tummy is extra large today. ;-P (Sat, 19 Jun 2010 11:25:32 GMT)

Nur What an undeserved, trash goal. (Thu, 17 Jun 2010 00:21:13 GMT)

Nur Browsing photos of babies. Can't help but wonder how my baby will look like!! Mr. Papa ( Ahmad Nabil Ab Rahim) can feel baby kick today! :) (Sun, 13 Jun 2010 10:20:32 GMT)

Nur 126 days to go~ Each and every day I wake up, waiting to finally be able to hold you in my arms. Baby, I love you so so much. (Sun, 06 Jun 2010 11:26:52 GMT)

Nur bila panas mandi, bila mandi peluh, bila peluh melekit, bila melekit mandi, bila mandi panas,bila panas peluh, bila peluh melekit , dan proses ini berterusan sehingga beberapa pusingan. (Fri, 04 Jun 2010 10:49:34 GMT)

Nur 'Pusat Judi Haram Diserbu' ?? - Oh! Baru ku tahu di Malaysia ada judi halal rupanya. LOL. Funny. (Tue, 01 Jun 2010 06:50:05 GMT)