Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Guru
Cikgu
Teacher
Lau She
Perkataan di atas merupakan kerjaya baru saya. Setelah hampir sedekad (Baca: Setahun) bertungkus lumus di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di dalam Pengajian Bahasa Inggeris akhirnya kami semua berjaya menamatkannya 'dengan warna-warna yang sedang terbang'. Selepas tempoh tamat pengajian kami melalui beberapa fasa yang mendebarkan.
FASA I
Berdebar menunggu keputusan final exam. Alhamdulillah. Lulus dengan cemerlang. Maybe rezeki anakanda, Alya.
FASA 2
Berdebar menunggu keputusan penempatan. Setelah mendengar beberapa hear-say, rumors, bla, bla, bla..ramai cakap lambat. Lepas pilihan raya la, bulan Jun la. Akibat mendengar cakap-cakap orang dan kementerian hanya mendiamkan diri (telefon sampai sampai sudah tak hangkatttt. Eh,emosi tetibe.) Lalu saya mengambil keputusan meng-update-kan resume di Jobstreet. Ye la, takkan nak jobless 3, 6 bulan. Tak boleh. Tak boleh. Memang mati kutu dibuatnya. Maybe rezeki ada di sana, saya mendapat panggilan temuduga, seterusnya melayakkan diri menyandang jawatan yang dipohon. Alhamdulillah. Tetibe. Selepas dua hari saya melapor diri berkhidmat di syarikat terbabit. Keputusan penempatan diumumkan. ARGHHHHH! Tak pasal-pasal kena hantar resignation letter setelah 2 hari bekerja. Ada ke orang buat cenggitu? Kesian boss.. Humph.
Keputusan penempatan. Alhamdulillah dapat di Selangor, pilihan ke-2. Actually, pilihan pertama Putrajaya, maybe tiada kekosongan. Tapi ok la dapat sana dari dapat negeri yang lagi jauh dari tempat bermastautin.
FASA 3
Berdebar menunggu penempatan sekolah. Tahukan anda Selangor itu luas? Buatnya dicampakkan saya ke Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Kubu ke..Tak ke haru. Sungguh tidak tenang hati ini. Terus call JPN, malangnya tak dilayan. Mungkin mereka busy jua dengan penempatan secara TETIBE ini. Akhirnya, saya mengambil keputusan sendiri menelefon setiap sekolah berdekatan untuk mengetahui sekiranya terdapat kekosongan dan akhirnya saya meminta pertolongan dari insan-insan yang tidak saya kenali untuk memohon mereka 'tangkap' saya masuk ke sekolah mereka. Ini TIPS yang berguna. Sekiranya anda bakal guru, sila cuba. Ha-ha.
Langkah seterusnya, pergi merayu dengan JPN. Ha-ha-ha. Dengan bantuan suami tersayang, kami ke JPN. Agak susah untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Ye la, masing-masing busy. Surat rayuan telah dikarang. Dan saya hanya berharap pada si suami kerana dia mempunyai skill PR yang tinggi. Siap catat point-point penting yang perlu dibincang kelak. Malangnya, suami TIDAK dibenarkan berjumpa dengan pegawai. Hanya bakal guru sahaja yang boleh berjumpa, iaitu SAYA. Agak berdebar sebenarnya berjumpa dengan penolong pengarah tersebut, kot-kot dia blacklist saya. Itu sudah jadi kes haru. Tapi, alhamdulillah setelah menerangkan sebab-sebab saya ingin memohon ditempatkan di sekolah berdekatan diutarakan, rayuan saya diterima. Akan diusahakan katanya. Apabila saya keluar pejabat rupa-rupanya ramai lagi calon yang ingin berjumpa dengannya tetapi tidak dilayan. Mungkin sebab kami sanggup tunggu lama di luar. (Lama gile kot kite orang tunggu) Tak pun maybe rezeki kami. Alhamdulillah.
FASA 4
Saya ditempatkan di sekolah yang dipohon dan dirayu tersebut. Sebuah sekolah jenis kebangsaan. Dan sudah tentu masalah komunikasi akan menjadi cabaran utama. Bebanan tugas sebagai guru hanya guru yang mengetahuinya. Tapi saya harap di mana pun saya berkhidmat, ilmu yang saya curahkan akan dimanfaatkan oleh setiap anak didik saya. Insya-Allah. Kepada sesiapa sahaja yang 'satu kapal' dengan saya. All the best! Semoga dipermudahkan segala urusan.